2
20

Kerjaya Dia Lebih Bagus…?

“Lebih baik ko jadi ejen takaful. Kalau ko jadi ejen Unit Trust ko kena cari “high-networth client..” Susah…!

Kenyataan ni dikeluarkan oleh seorang kenalan, Si A, yang baru lulus exam takaful kepada seorang kenalannya (juga kenalan aku), Si B, yang sedang mengintai peluang untuk mencari pekerjaan sampingan (side income). Si B yang curious telah bertanya terus kepada aku sebab beliau memang tahu yang aku dah jadi Unit Trust Consultant (UTC) sejak 13 tahun yang lalu.

apa beza antara kerjaya unit trust dan takaful

Hurmmm… Nasib baik yang keluarkan statement ni adalah ejen baru takaful yang baru beberapa bulan lulus peperiksaan insurans/takaful. Mungkin pengetahuannya dalam bidang Perancangan Kewangan ni masih cetek. Tapi aku rasa ada jer ejen lama yang turut berkata macam ni. Malah tak mustahil kalau ejen baru yang keluarkan kenyataan ni sebenarnya mendengar daripada ejen lama kenalannya atau daripada group agensi insuransnya.

Ok.. Pada aku, yang keluarkan kenyataan ni memang tak paham apa beza kerjaya dlam bidang unit trust dengan kerjaya dalam bidang insurans. Walaupun kedua-dua ni instrumen perancangan kewangan yang penting, namun kedua-duanya mempunyai nature yang sedikit berbeza. Ada beza antara kerjaya unit trust dan takaful…

Ya… Berbeza dari segi produknya, sasarannya, dan sudah tentu objektifnya.

Panjang kalau nak bezakan kedua-dua antara unit trust dan insurans ni daripada pelbagai aspek. Dan sebenarnya tak perlu pun nak bezakannya sebab kita memang tak bandingkan antara epal dengan epal jika berbuat demikian. Keduanya adalah intsrumen berlainan objektifnya.

Unit Trust tu apa? Insurans tu apa?

Secara ringkasnya, insurans adalah untuk perlindungan. Perlindungan dari segi pampasan kewangan apabila berlaku kematian atau ilat/cacat kekal. Perlindungan dari segi kewangan yang berupa kos perubatan jika dimasukkan ke hospital dan macam-macam kelas perlindungan lagi.

kerjaya unit trust melibatkan analisa pelaburan klien

Ada la ciri-ciri simpanan dan pelaburan sedikit untuk insurans berkait pelaburan (investment link) tapi ianya bukan objektif utama produk.

Unit Trust pula ataupun disebut Amanah Saham adalah satu konsep pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang yang meliputi kepelbagaian pelaburan di pasaran saham dan instrumen pelaburan yang lain.

Jangkmasa sederhana merujuk kepada 3 – 5 tahun. Jangkamasa panjang pula adalah untuk 5 tahun ke atas.

Komen aku

Sedikit komen aku untuk mengulas statement di atas…

Tak perlu pun mencari high networth client untuk unit trust. Boleh jer kalau nak cari investor yang invest sikit-sikit macam sumbangan takaful. Tapi kena la cari ramai pelabur macam ni. Sebabnya komisen unit trust hanyalah 2.75% (untuk cash investment). Manakala 2% untuk EPF investment.

Berbeza dengan takaful. Komisen untuk sumbangan klien adalah 20% (untuk takaful link). Haaa.. Nampak sikit kan komisen untuk bisnes Unit Trust ni.

Sebenarnya jarang-jarang jer klien unit trust yang invest sikit-sikit sekitar rm100-200 macam sumbangan takaful/insurans tu. Kalau ada pun mereka akan buat potongan tetap yang mana ianya juga strategy yang sangat bagus dalam pelaburan Unit Trust.

Kebiasaanya pelabur unit trust akan memberikan pelaburan yang lebih besar terutama yang melibatkan pelaburan skim KWSP. Syarat unutk pelaburan permulaan unit trust sendri pun adalah RM1000.

Jadi ini membuatkan komisen Unit Trust lebih banyak jika diukur kepada single case. Namun pendapatan Unit Trust dan Takaful ni berbeza dari banyak sudut secara keseluruhan. Panjang kalau aku nak cerita. Nak tau jugak kena ngeteh ngan aku untuk aku cerita. Heheheh.

Strategy bisnes dan cara untuk mendekati prospek juga agak berbeza daripada kedua-dua kerjaya hebat ini. Ya kedua-duanya kerjaya hebat yang menyumbangkan passive income yang bukan sedikit.

Macamana aku tau? Dah 13 tahun aku menceburi kedua-dua bidang ini. Aku tahu selok belok industri ni. Aku tau beza antara kerjaya unit trust dan takaful ni..

So siapa yang nak tahu secara lebih dekat tentang kerjaya yang sangat best ni, boleh hubungi aku. Kita ngeteh/ngopi sambil aku kongsi apa yang aku tau tentang bisnes ohsem ini.

Serius… Kerjaya UTC yang aku ceburi ni adalah kerjaya paling best yang pernah aku ceburi.

276 total views, 1 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply