8

Bersama Menuju “Al-Falah”

kejayaan duniawi harus diselaraskan dengan kejayaan ukhrawi

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau anda perasan, motto group/agency (Synergy Khalifs Advisor) saya ni saya letakkan: “Al-Falah” is our ultimate Goal. Kenapa ya..?

Dalam Islamic Financial Planning (perancangan kewangan Islam), objektif kita yang paling utama ialah Al-Falah.

Al-Falah dari sudut bahasa bermakna kejayaan. Yang dimaksudkan di sini kejayaan, bukan sahaja kejayaan di dunia tetapi kejayaan di akhirat juga. Malah kejayaan di akhiratlah yang lebih utama, kerana di sanalah kita akan kekal abadi.

Akan tetapi sebelum kita ke dunia akhirat kita harus menempuh alam dunia dahulu. Dunia adalah jambatan ke akhirat. Di sinilah tempat kita menanam benih untuk dituai hasilnya diakhirat nanti. Di sini tempat kita mencari bekal untuk dibawa ke akhirat.

Namun begitu Allah tidak menyuruh kita menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadat khusus semata-mata. Kerana kita juga menginginkan dunia. Lihat saja akhlak Rasulullah SAW. Baginda juga menjalani kehidupan sebagai manusia di muka bumi ini. Baginda makan, minum, berkahwin, bermuamalat, dan sebagainya.

Firman Allah:

dan carilah apa-apa yang telah dikurniakan Allah untuk kebahagiaan di akhirat dan janganlah pula lupa untuk habuan kamu di dunia. (al-Qasas: 77).

Sebenarnya kehidupan seharian kita itupun ibadah. Jika segala yang kita buat adalah diniatkan kerana Allah maka selagi kita tidak menyimpang, kita akan berterusan mendapat pahala. Subhanallah… Pemurahnya Allah. Pahala inilah yang akan kita bawa sehingga ke akhirat.

Segala amalan kita akan terhenti pahalanya sebaik sahaja kita meninggal dunia. Akan tetapi disebabkan pemurahnya Allah, dikurniakan kepada kita 3 amalan yang akan berterusan memberikan kita pahala walaupun kita sudah tiada di dunia.

Hadith nabi:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Tiga perkara ini tetap memberikan pahala kepada kita walaupun jasad sudah dikandung tanah. Beruntunglah sesiapa yang ada ketiga-tiga perkara itu.

Sebab itulah dalam menentukan apa-apa jua instrumen pelaburan dan perlindungan, perkara halal dan haram mesti diutamakan dahulu. Jika kita ingin melabur lihat dulu produk pelaburan, adakah ianya patuh syariah. Jika tidak segera tinggalkan. Sekarang ini kita sudah ada banyak pilihan kerana sudah ada banyak produk islamik di pasaran. Baik pelaburan ataupun insurans. Inilah yang saya dan kumpulan consultant saya cuba educate kepada orang ramai. Produk konvensional amat berpotensi menjerumuskan kita ke dalam transaksi Riba, Gharar (ketidaktentuan) dan Maisir (judi).

Sama juga kepada consultant di bawah pimpinan saya, produk islamik adalah satu kemestian bagi mereka untuk dipromosikan. Kadangkala kita berjumpa prospek, kita memberi penerangan tetapi prospek tetap inginkan produk konvensional, ataupun tidak mahu ambil dengan kita. Bersabarlah, kerana bagi kita sudah ada habuan kita (pahala). Mereka belum dibukakan hati oleh Allah. Kita hanya menjalankan tugas dengan penerangan di atas kapasiti kita sebagai consultant, tetapi yang membuka hati dan memberi hidayah hanyalah Allah. Jika tidak mana mungkin Abu Talib bapa saudara nabi tidak memeluk Islam.

Bersama kita menuju kejayaan dunia dan akhirat. Bersama kita menuju Al-Falah. Hayya ‘alal falah…

9,468 total views, 2 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply