Attitude Penentu Kejayaan

Untuk menjadi consultant (unit trust dan takaful) yang berjaya, banyak elemen-elemen ataupun faktor-faktor yang kena ada di dalam diri kita.

Antara yang consultant perlu ada sebagai persiapan untuk menjadi consultant berjaya ialah:

  1. Skills (kemahiran)
    Banyak skills yang mesti kita pelajari daripada leader kita, daripada rakan sepejabat, daripada training agensi dan daripada training pihak syarikat. Antara skills yang kita perlu master ialah prospecting skills, inter-personal skills, closing skills dan lain-lain lagi. Skills ini akan meningkat dalam diri kita bila kita semakin lama di dalam industri.
  2. Knowledge (pengetahuan)
    Knowledge juga amat penting untuk menjadi consultant yang disegani oleh pelanggan. Pelanggan akan lebih yakin bila berurusan dengan consultant yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang pelan dan servis yang mereka tawarkan. Di samping itu juga consultant harus juga mempunyai pengetahuan/knowledge dalam bidang lain terutama bidang yang berkaitan dengan perancangan kewangan supaya kita boleh memberi sedikit penerangan jika ada soalan yang berkaitan ditanya kepada kita.
  3. Hardwork (kerja kuat)
    Tidak dapat dinafikan consultant yang berkerja dengan bersungguh-sungguh akan lebih berjaya daripada consultant yang kurang bersungguh-sungguh. Lihat sahaja top-top consultant di syarikat unit trust maupun di syarikat takaful. Mereka ini berkerja bersungguh-sungguh dengan membuat aktiviti sales pada jumlah yang melebihi aktiviti orang yang biasa. Namun jika kerja kuat ini dibuat dengan bijak (smart) hasilnya akan menjadi lebih lagi. Jadi jangan kerja kuat sahaja. Tetapi kerja kuat dan smart.

  4. Attitude (sikap)
    Attitude ataupun sikap positif  juga amat perlu untuk menentukan kejayaan seseorang consultant. Malah ini adalah elemen terpenting menuju kejayaan. Bayangkan jika seorang consultant itu sudah ada skills yang tinggi, knowledge yang cukup mendalam, tetapi mempunyai sati attitude yang negatif  seperti PEMALAS, TIDAK YAKIN, SUKA BERSANGKA BURUK (dengan orang dan dengan tuhan), mereka ini akan sukar mengecap kejayaan.

Mari kita tengok betul tak ATTITUDE ini elemen terpenting. Kita berikan nilai kepada setiap huruf dalam siri abjad dengan nilai yang berturutan bermula dengan nilaian 1:

attitude value

ATTITUDE mendapat nilai paling tinggi

Mengikut markah ataupun nilai yang diberi, ATTITUDE adalah yang terpenting dengan nilaian 100 markah. Ini diikuti dengan Hard Work dengan 98 markah, Knowledge dengan 96 markah dan skills dengan 82 markah.

Ini bermakna walaupun kita memiliki skills, knowledge dan hardwork, tetapi jika ATTITUDE kita tiada maka kejayaan amat sukar untuk mendampingi kita.

Sebagai kesimpulan, untuk menjadi consultant yang berjaya kita kena positifkan minda kita. Itu adalah langkah pertama. Bila minda dah positif kita akan rajin untuk belajar memantapkan skills, menambahkan ilmu dan berkerja keras dengan bijak. Bila minda dah positif kita mula mengenali diri dan berhenti dari menyalahkan keadaan sekeliling seperti leader, syarikat, rakan consultant, pelanggan dan lain-lain.

Jom positifkan minda dan amalkan ATTITUDE yang hebat!

8,504 total views, 1 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply