6

Apa Keutamaan Anda Dalam Perancangan Kewangan

Minta lah nasihat kewangan daripakar pakar

Apa pun pelan dan jangka masa perancangan kewangan anda disiplin diri amat lah penting

Apa keutamaan anda dalam membuat perancangan kewangan?

Semua orang ada perancangan kewangan mereka sendiri. Cuma betapa serius perancangan kewangan mereka sahaja yang berbeza.

Yang betul-betul serius dan sedar tentang kepentingan perancangan kewangan akan membentangkan perancangan kewangan mereka dengan sebaik-baiknya. Mereka akan berbincang dengan pakar perancangan kewangan (financial consultant).

Mereka ini akan menetapkan keutamaan objektif apa yang ingin dicapai, tempoh masa untuk objektif tersebut dicapai dan perancangan bagaimana objektif itu untuk tercapai. Yang paling penting, mereka ini akan meletakkan disiplin yang tinggi untuk mematuhi segala perancangan untuk mencapai objektif tersebut.

Objektif kewangan bergantung kepada 3 iaitu:

  1. Objektif kewangan jangka masa pendek
  2. Objektif kewangan jangka masa sederhana
  3. Objektif kewangan untuk jangka masa yang panjang

Objektif kewangan Jangka Masa Pendek

Masa yang diperuntukkan untuk pelan kewangan jangkamasa pendek ini ialah di bawah 3 tahun.

Antara pelan perancangan jangka masa pendekyang biasa dirancang oleh kebanyakan daripada kita ialah pelan untuk dana perubatan, pelan untuk melancong ke luar negara, pelan menunaikan haji, memiliki kereta idaman (membayar downpayment yang tinggi) dan memiliki rumah sendiri (downpayment).

kos kahwin yang tinggi

Pelan mendirikan rumahtangga amat penting dibuat kerana kosnya yang seakin meningkat sekarang

Objektif kewangan jangka masa sederhana

Jangka masa sederhana biasanya ditakrifkan diantara 3 – 5 tahun.

Antara perancangan kewangan yang biasa dikategorikan di dalam jangka masa ini ialah mengumpul dana untuk bayaran pendahuluan pinjaman perumahan, pelan pendidikan anak, pelan mendirikan rumahtangga dan lain-lain.

pergi haji

Pelan menunaikan haji patut kita buat segera kerana ia adalah salah satu daripada rukun Islam

Objektif kewangan untuk jangka masa yang panjang

Jangka masa ini melibatkan waktu 5 tahun keatas. ada juga yang mentakrifkannya kepada jangka masa 10 tahun ke atas.

Biasanya perancangan yang dibuat dalam tempoh waktu ini ialah pelan pendidikan anak, pelan persaraan, pelan pengumpulan harta, pelan wasiat (selepas mati) dan lain-lain.

perancangan kewangan untuk persaraan

Pelan persaraan amat penting untuk kita menikmati persaraan yang berkualiti

Apa keutamaan anda dalam perancangan kewangan?

Di dalam kategori mana pun perancangan kewangan anda berada, yang paling penting rancanglah ia dengan sebaik mungkin. Dapatkanlah nasihat daripada yang pakar dalam perancangan kewangan supaya kita membuat perancangan kewangan yang betul.

Jangan bebankan diri kita memikirkannya kerana ilmu kita kadang-kadang adalah terhad. Bincang dan kongsilah dengan financial consultant anda tentang apa yang anda mau dalam jangka masa tertentu.

Mintalah financial consultant anda memantau pelan anda dan menasihatkan anda jika pelan perancangan yang dibuat sedikit tersasar di kemudian hari.

Setiap orang ada kemahiran dan skill yang tertentu. Kita ada limit tertentu yang kadang-kadang membataskan kita untuk mengetahui ataupun belajar semua perkara. Jadi serahkan perkara yang kita tidak pakar kepada yang pakar.

Contohnya, jika kita sakit gigi, kita akan mencari pakar pergigian iaitu doktor gigi. Kita tak akan mencari tukang paip untuk membaiki gigi kita yang rosak bukan?

Begitu juga dengan ilmu perancangan kewangan ini. Serahkan kepada pakarnya iaitu financial consultant. Bincang dengan baik apa yang kita kita mahukan. Minta nasihat mereka. Cuba ikut yang mana yang terbaik. Moga sama-sama mendapat manfaat.

Pakar perancangan kewangan

Jika doktor gigi boleh mengubat sakit gigi, Financial Consultant adalah pakar dalam perenacngan kewangan

Saya adalah financial consultant. Saya mampu berbincang dengan anda tentang perancangan kewangan anda. Hubungi lah saya untuk nasihat kewangan yang PERCUMA. (Tidak Percuma sebenarnya kerana anda dikehendaki membayar segelas teh tarik jika perbincangan berlaku di restoren. Hehehe).

12,436 total views, 0 views today

Show Comments

6 Comments

  1. Anuar 28 August, 2013
    • Ishak Ismail 28 August, 2013
  2. Khairul Zamri 28 August, 2013
    • Ishak Ismail 28 August, 2013
  3. syukur 22 September, 2014
    • Ishak Ismail 23 September, 2014

Leave a Reply