Agensi Lebih Penting Daripada Individu Consultant

agency leader

Salam dan selamat sejahtera.

Semua anggota agensi termasuk ketua agensi, consultant yang bernaung dan staf hendaklah semaikan kata-kata ini di fikiran masing-masing:

“Agensi  Lebih Penting Daripada Individu Consultant”

Apabila agensi telah berkembang dengan bertambahnya bilangan consultant, maka akan terbitlah berbagai-bagai karenah consultant yang terpaksa ketua agensi (leader) tangani.

Akan ada consultant-consultant yang amat cerewet. Akan timbul consultant yang membawa masalah peribadi dan keluarga ke dalam agensi dan lain-lain lagi.

Consultant yang banyak songeh ini akan terlalu demand kepada kita sebagai leader untuk mengikut kehendak mereka. Contohnya training dan coaching, mereka hendakkan kita adakan di tempat tinggal masing-masing. Sedangkan kita ada pejabat agensi yang dilengkapi dengan bilik-bilik training dan meeting yang lengkap dengan projektor LCD dan lain-lain.

Ada juga consultant yang hendakkan kita membuat coaching untuk dia seorang sahaja. Sedangkan ada ramai lagi consultant yang dahagakan ilmu dari kita di dalam agensi kita.

Kebanyakan daripada consultant yang banyak sogheh ini sebenarnya bukanlah consultant yang banyak produksi. Biasanya mereka ini ialah mereka yang sentiasa ada alasan mengapa dia tidak berjaya. Jika yang terlalu demand ini ialah mereka yang menyumbangkan produksi yang banyak untuk agensi, tidak mengapalah juga. Rasa terpanggillah juga untuk ketua agensi untuk memberikan khidmat yang terbaik. Ini tidak…

Di sini saya ingatkan bahawa agensi  lebih penting daripada individu secara individu. Individu yang berdaftar sebagai consultant di bawah sesuatu agensi hendaklah mengikut peraturan dan jadual agensi. Tiada siapa yang lebih penting dan besar daripada sesebuah agensi.

Consultant yang benar-benar dahagakan ilmu untuk kejayaan akan datang ke pejabat agensi untuk hadiri training dan coaching tanpa tertinggal. Mereka inilah consultant yang benar-benar ikhlas dan bersemangat dalam kerja mereka.

Kepada ketua agensi dan bakal leader di luar sana, bahagilah masa kamu dengan sebaiknya dengan consultant di agensi kamu. Bezakan antara masa yang boleh membawa produksi dengan masa yang akan merugikan kamu.

3,648 total views, 1 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply