104
22

5 sebab kenapa anda tidak patut menjual unit trust skim EiPF

Entri ini khusus untuk pelaburan ke dalam unit trust ataupun amanah saham yang menggunakan skim pelaburan EiPF (dibaca E Pi Ef). Pelaburan tunai lain caranya. aku pernah menulis tentang perkara ini sedikit waktu dahulu tetapi menggunakan platform blog sohoque.com.

borang jual unit trust

borang jualan unit trust

 

Jangkamasa panjang

Unit Trust ialah satu instrumen pelaburan yang mempunyai risiko yang rendah. Ia adalah pelaburan untuk jangkamasa sederhana (3-5 tahun) dan panjang (5 tahun ke atas). Nilai pelaburan pelabur akan meningkat dalam jangkamasa yang lama dengan 2 cara:

  1. harga unit yang meningkat
  2. unit yang semakin bertambah hasil daripada agihan (dividen) yang diisytiharkan dan dicampurkan semula kepada unit asal pada setiap tahun.

 

Objektif pelaburan

Setiap orang ada tujuan mengapa dia ingin mengembangkan duitnya dengan cepat dengan pelaburan ini. Dan objektif setiap orang berbeza dengan individu yang lain.

Disebabkan masa yang diperlukan oleh pelaburan ini agak lama, maka objektif pelaburan para pelabur hendaklah sesuai dengan jangkamasa yang dicadangkan untuk pelaburan ini.

Antara objektif yang sesuai adalah seperti:

  • dana untuk persaraan
  • dana untuk pendidikan anak
  • dana untuk mengerjakan haji
  • dana untuk pembayaran muka untuk pembelian rumah
  • dana untuk melancong
  • lain-lain lagi yang berjangkamasa yang lebih panjang

Ini bermakna jika pelabur hanya ingin melabur untuk setahun dua sahaja di dalam pelaburan ini, objektifnya adalah tidak sesuai. Sebaiknya dia mencari instrumen pelaburan yang lain yang menepati objektif masa pelaburannya yang pendek.

Namun begitu ianya tidak bererti orang mempunyai objektif jangkamasa pendek begini tidak boleh melabur di dalam pelaburan ini. Boleh cuma ianya tidak sesuai dan mungkin ada elemen ramalan harga di situ.

5 sebab kenapa anda tidak patut menjual pelaburan ini (yang gunakan skim pelaburan EiPF)

1. Ia adalah adalah pelaburan berjangkamasa panjang.

Secara umumnya orang yang melabur ke dalam unit trust melalui skim pelaburan EiPF, objektifnya adalah untuk membanyakkan dana persaraannya nanti. Menyedari hakikat ini jugalah pihak EiPF membenarkan pencarumnya mengeluarkan sebahagian wang daripada akaun 1 simpanan EiPFnya untuk dikeluarkan dan dilabur ke dalam pelaburan ini.

Ini bermakna jika umur anda 35 tahun sekarang dan anda layak untuk menggunakan skim pelaburan EiPF ini, anda perlu fokus selama 20 tahun lagi untuk melabur secara konsisten demi memaksimakan keuntungan pelaburan ini sekaligus membanyakkan dana persaraan anda pada umur persaraan 55 tahun nanti.

Jadi jika objektif pelaburan untuk persaraan kenapa perlu jual dan masukkan semula ke dalam EiPF yang pulangannya lebih rendah?

2. Compounding Interest

“8th wonder of the world” kata Albert Einstein. Jika dalam pelaburan ini, ia adalah keuntungan yang dicampurkan semula dengan modal pokok menjadikan modal semakin besar.

Keuntungan hasil dividen pada tahun berikutnya pastinya lebih besar kerana modal telah menjadi lebih besar setelah dicampurkan semula kepada modal asal pada tahun sebelumnya. Proses ini akan berterusan pada setiap tahun.

Inilah yang menjadikan keuntungan pelaburan ini berganda. Jadi, menjual dana unit trust dan memasukkan semula ke dalam akaun EiPF akan membantutkan peluang duit untuk berkembang dengan kaedah Compounding Interest ini.

3. Caj pelaburan yang berulang

Setiap pelaburan yang dibuat, ia akan disertai dengan caj ataupun fi. Caj ini dikenakan oleh syarikat unit trust untuk menampung kos-kos yang terlibat sepanjang tahun dalam menguruskan dana unit trust pelabur. Kos-kos ini termasuklah kos pengurusan, kos pengiklanan, komisen UTC dan kos-kos lain.

Caj untuk pelaburan unit trust melalui skim pelaburan EiPF adalah sebanyak 3% sahaja. Ini bermakna jika anda melabur sebanyak RM1,000, sebanyak RM30 ringgit adalah caj yang dikenakan.

Jangan risau, caj ini akan ditampung dengan kenaikan harga unit dalam masa yang tidak lama.

Contoh senario:

Tahun 2010: anda keluarkan dari akaun 1 EiPF RM10K
Caj yang dikenakan: RM300 (RM10K X 3%)
Tahun 2015: Keuntungan 50% –> nilai pelaburan: RM15K (RM10K modal + RM5K untung)

Purata keuntungan: 10% setahun

RM15K tu anda anda jual dan masukkan semula ke dalam EiPF atas alasan anda nak lock in profit ataupun nak tukar dana lain.

Kemudian anda keluarkan balik RM10K daripada EiPF untuk dilaburkan ke dana lain pilihan anda.

Implikasinya: anda dikenakan caj lagi RM300 atas pelaburan baru ini. Ertinya anda dicaj 2 kali atas pelaburan yang sama. Ini akan meningkatkan kos pelaburan. Bayangkan anda mengulang perbuatan ini berulangkali seperti setiap 3 tahun contohnya.

Sebenarnya ada cara untuk mengatasi perkara ini:

Switching (tukar dana pelaburan)

Semua syarikat unit trust menyediakan kemudahan ini. Hanya dengan mengisi sekeping borang switching, anda boleh menukar dana pelaburan sedia ada kepada dana baru pilihan anda.
Ada sedikit caj dikenakan iaitu sebanyak RM25 sekali switching. Untuk pelabur yang mempunyai pelaburan RM100K ke atas, switching adalah percuma.

caj RM25 ini adalah amat sedikit berbanding dengan kos jual dan labur semula ke dana baru seperti yang diterangkan di atas.

Locked in profit

Untuk tujuan lock in profit, anda juga boleh gunakan kaedah switching ini. Switch ataupun tukar dana sedia ada ke dana Bond ataupun Money Market (pasaran wang). Kedua dana ini adalah dana konservatif yang mana harga unitnya tidak banyak berubah mengikut keadaan pasaran di Bursa Saham. Jadi ia boleh mengekalkan nilai wang pelaburan kita.

Bond adalah pinjaman korporat kerajaan ataupun syarikat-syarikat besar berstatus BERHAD untuk membina projek-projek besar. Orang awam yang membeli unit bond tersebut adalah pemberi pinjaman.

Money Market ini pula adalah simpanan korporat ke dalam bank. Ianya hampir tiada risiko kerugian. Namun pulangannya sedikit. Ia boleh diibaratkan seperti simpanan fixed deposit.

Dengan membuat switching ke dalam dana ini (bon atau money market), anda boleh lock in profit tanpa caj yang tidak perlu.

Transfer (pindah akaun dana pelaburan)

Kadang-kadang pelabur berurusan dengan UTC yang tidak aktif. Tiada perbincangan 2 hala antara pelabur dan UTC. Ini mungkin membuatkan pelabur kecewa dengan perkhidmatan yang diberi.

Untuk masalah ini pelabur tidak perlu menjual pelaburannya yang sudah mempunyai untung yang banyak itu. Pelabur hanya perlu mencari UTC yang aktif dan yakin boleh memberi khidmat nasihat kepadanya (seperti saya). Buat satu surat permohonan kepada syarikat Unit Trust untuk menukar khidmat UTC.

Dalam masa 2 minggu dana pelaburan akan ditukarkan dibawah pengawasan UTC pilihan anda. Namun seeloknya berbincanglah dahulu dengan UTC sedia ada anda.

4. Amaun pelaburan akan datang mungkin semakin sedikit

Pengeluaran duit daripada akaun 1 EiPF tertakluk kepada kelayakan. Kelayakan dikira berdasarkan baki amaun yang ada di dalam akaun 1 ditolak dengan amaun simpanan asas yang telah ditetapkan seperti gambar di bawah.

pengeluaran duit KWSPi

jadual simpanan asas EiPF

Jika umur sudah agak lewat dan gaji sedikit, dikhuatiri amaun yang boleh dikeluarkan semakin sedikit daripada yang dahulu.

5. Duit yang dah dibersihkan bercampur syubhah kembali

Pelaburan duit caruman dan simpanan di EiPF adalah tidak diluluskan syariah (non syariah compliant). Anda boleh membuat carian di youtube dan website muamalah Islam seperti zaharuddin.net  dan buat carian tentang ini.

Yang menjadi satu kepastian adalah adanya  pelaburan yang dibuat EiPF di bank-bank konvensional yang pastinya terlibat dengan riba’.

Saya faham tentang kekangan EiPF yang mungkin terpaksa dan tiada pilihan kerana bukan semua pencarumnya beragama Islam. Namun kita sebagai pencarum punya pilihan untuk keluarkan sebahagian daripada simpanan tersebut untuk diselamatkan ke dalam dana islamik.

Jadi amatlah tidak patut duit daripada akaun 1 EiPF yang dah kita keluarkan dan elok tersimpan dan dilabur di dalam dana islamik unit trust kita, kita jual dan campurkan semula dengan duit di akaun 1 EiPF yang bercampur aduk dengan duit keuntungan daripada pelaburan yang haram dan syubhah.

Konklusi

Dengan 5 sebab yang saya terangkan di atas, saya mengatakan bahawa di bawah keadaan biasa, tindakan menjual pelaburan ini dan masukkan semula ke EiPF adalah satu tindakan kurang bijak.

Ada pelbagai pendapat tentang ini. Atas pengalaman saya dan pegangan saya sebagai orang Islam saya memegang pendapat ini.

Apa-apa pun duit itu anda yang punya. Apa-apa pun anda berhak ke atasnya. Jadi buatlah pilihan bijak dan terbaik. Kita melabur untuk kembangkan duit supaya duit tersebut boleh berkerja untuk kita. Bukan untuk suka-suka.

Apa jua tindakan kita terhadap harta kita pasti semuanya akan ditanya di akhirat kelak. Yang lari dari landasan Islam pasti akan menerima hukuman.

UTC ibarat doktor gigi

Analogi ini selalu saya gunakan kepada para pelabur saya. UTC ibarat doktor gigi. Jika ada gigi yang rosak dan tidak dapat diselamatkan, doktor gigi akan mencadangkan supaya dicabut.

Namun kita menolak cadangan tersebut. jadi kita kena tanggunglah kesakitan tersebut.

Jika UTC mencadangkan sesuatu tindakan untuk kebaikan dana persaraan kita, maka kalau boleh ikutlah. Mereka lebih mengetahui tentang bidang ini. Pengalaman dan kursus profesional yang wajib dihadiri membekalkan mereka dengan kemahiran kewangan.

UTC membisu dan tidak berikan perkhidmatan

Berbincang dengan mereka. Jika tidak berhasil pilih UTC baru yang lebih baik dan pidahkan dana di bawah pengawasan mereka.

Apa-apa pun jangan jual unit trust untuk campurkan semula dengan duit syubhah di EiPF.

Buku pelaburan unit trust

Oh ya, kepada yang nak belajar berkenaan unit trust ini, anda boleh baca buku ini. Sila klik banner.

 

 

p/S: disebabkan beberapa peraturan, saya hanya boleh menggunakan EiPF untuk menggantikan badan provident fund tersebut. Harap anda faham abbreviasi saya merujuk kepada siapa.

18,688 total views, 9 views today

Show Comments

2 Comments

  1. Noriza Rahman 13 March, 2015

Leave a Reply